Rabu, 02 Oktober 2013

Ciri-ciri Guru yang Efektif Part 2


Guru-Guru Efektif
 
Menurut Ryans (1964) guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri-ciri peribadi berikut:-
                        1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.
                        2. Bertimbang rasa dan baik hati.
                        3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
                        4. Tenang dan stabil emosinya.
                        5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya untuk berjenaka.
                        6. Berpersonaliti dinamik iaitu menarik, tangkas dan mampu menghidupkan suasana kelas.
                        7. Bersabar.
                        8. Mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang mampu membantu para pelajarnya memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mudah.
                        9. Mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangna yang luas.
                        10. Bersuara lantang, dan bertingkahlaku yang sopan.
                        11. Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas.
                        12. Bersikap tegas bagi membolehkan pengajaran-pengajaran dapat berjalan dengan baik.
                        13. Berdedikasi dan rajin.
                        14. Mementingkan ketepatan masa.
                        15. Sedia membrirkan galakan dan pujian.
                        16. Bersikap demokratik.
                        17. Bersifat ingin belajar.
                        18. Mempunyai pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam suasana yang berbeda dan pelajar yang berbeda.
                        19. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam perkara yang diajar.
            20. Menyayangi kanak-kanak, menggemari manusia dan mempercayai setiap individu mempunyai potensi untuk berkembang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar